Rabu, 2 Mei 2012

Bahagian A: Refleksi Tajuk (1)





KRP3013

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH


TAJUK TUGASAN

Bahagian A: Soalan Refleksi (1)

Soalan 1:

Seorang guru baru atau guru yang menghadapi transformasi kurikulum akan menghadapi isu dan masalah dalam peranan mereka sebagai seorang guru untuk menjalankan kehendak kurikulum tersebut. Banyak isu-isu dan masalah kadang-kadang tidak dapat diduga.Apakah pengalaman dan cabaran anda sebagai seorang guru dalam menghadapi isu/masalah ini?



KUMPULAN

Group KK01(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

JURAYAH @ JANE BOTOHONG

D20102042506

017-8015973

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. GOH SWEE CHOO


TARIKH SERAH:-02 HB MEI 2012



SOALAN REFLEKSI

Bahagian A: Soalan Refleksi (1)

Soalan 1:

Seorang guru baru atau guru yang menghadapi transformasi kurikulum akan menghadapi isu dan masalah dalam peranan mereka sebagai seorang guru untuk menjalankan kehendak kurikulum tersebut. Banyak isu-isu dan masalah kadang-kadang tidak dapat diduga.Apakah pengalaman dan cabaran anda sebagai seorang guru dalam menghadapi isu/masalah ini?

JAWAPAN

Salam sejahtera…

Sekolah pertama saya ditempatkan ialah SK Fajar Harapan, Lahad Datu, Sabah. Saya Berasal dari Kudat, Sabah. Jarak daerah Kudat dengan daerah Lahad Datu melalui perjalanan darat atau menaiki kereta lebih kurang lima ratus kilometer. Kebetulan sekolah lama saya itu baru setahun dibuka semasa saya lapor diri di sekolah itu. Saya masih ingat senyuman mesra rakan-rakan guru menyambut kedatangan saya pada ketika itu. Guru-guru masa itu hanya seramai dua belas orang. Hanya dua orang guru lelaki sahaja yang mengajar di sekolah itu iaitu seorang ustaz dan Guru Besar kami.

Masa itu hanya dua buah bangunan sekolah sahaja yang ada dengan peralatan yang tidak mencukupi. Masih saya ingat pengalaman pertama saya memperbanyakkan soalan menggunakan mesin yang kami namakan ‘mesin gelek’. Bila saya menggunakan mesin gelek itu untuk menyediakan lembaran kerja, soalan peperiksaan atau minit mesyuarat baju kurung saya pastinya terkena dakwat mesin gelek yang berwarna hitam. Kadang-kadang muka saya terkena dakwat tersebut dan terpaksa mengajar dalam keadaan muka kotor kerana dakwat itu susah dibersihkan. Suatu kenangan lucu bagi saya yang terpaksa saya hadapi sebagai halangan melaksanakan kurikulum di sekolah pada masa itu.

Semasa di maktab guru-guru didedahkan dengan penggunaan ICT dan peralatan lain yang serba lengkap. Bila guru-guru di tempatkan di sekolah yang serba kekurangan kemudahan mengajar, guru tersebut terpaksa memikirkan mengikut kreativiti sendiri cara mengaplikasikan pengajaran berkesan dalam keadaan kelengkapan kurang. Walau bagaimanapun jika guru mencintai profession ini semuanya bukan satu halangan untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan