Rabu, 2 Mei 2012

Bahagian A: Soalan Refleksi (4 & 5)



KRP3013

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH


TAJUK TUGASAN

Bahagian A: Soalan Refleksi (4 & 5)

Arahan Refleksi 4 & 5:

Pilih DUA (2) tajuk/subtopik dari Unit 10-12 dan menulis refleksi tentang tajuk/subtopik yang dipilih.

KUMPULAN

Group KK01(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

JURAYAH @ JANE BOTOHONG

D20102042506

017-8015973

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.GOH SWEE CHOO

TARIKH SERAH:02 HB MEI 2012

Bahagian A: Soalan Refleksi (4 & 5)



Arahan Refleksi 4 & 5:

Pilih DUA (2) tajuk/subtopik dari Unit 10-12 dan menulis refleksi tentang tajuk/subtopik yang dipilih.

JAWAPAN

Refleksi Unit 11: Pentaksiran dan penilaian kurikulum sekolah rendah.

Pentaksiran dan penilaian kurikulum ini berbeza beberapa aspek. Antaranya dari aspek pengertian Pentaksiran merupakan proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau member nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interprestasi yang di buat ke atas maklumat. Manakala Penilaian pula bererti proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitiatif dan data kualitatif.


Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) pentaksiran yang melibatkan perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan guru.

Melalui penerangan unit ini, peranan guru dalam PBS hanya sebagai fasilitator, pemerhati, pengumpul maklumat, mendapatkan maklum balas murid dan membaiki pembelajaran berdasarkan maklumat yang diperolehi. Kaedah pengumpulan bukti PBS melalui cerapan, ujian, tugasan atau pentaksiran prestasi, pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan.

Pentaksiran sekolah merujuk sebagai pentaksiran rujukan standard (PRS) dan berasaskan enam Band. Guru perlu menyediakan portfolio untuk mengumpul hasil kerja murid.